Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan untuk mengisi jawatan Penolong Pegawai Tadbir (N29) Kontrak. Jawatan yang ditawarkan bertaraf kontrak (sementara) yang mana tempoh perkhidmatan tertakluk kepada prestasi dan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan.

 

BIL
JAWATAN
TARAF JAWATAN
GAJI
MINIMUM (RM)
MAKSIMUM (RM)
1.
 PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N29)
Kontrak
1,493.00
5,672.00

Penetapan gaji permulaan : Berasaskan kelayakan, pengalaman dan kemahiran calon
Elaun : Seperti berikut :
ELAUN
RM / BULAN
 Imbuhan Tetap Perumahan
300.00
 Imbuhan Tetap Khidmat Awam
160.00
 Bantuan Sara Hidup (COLA)
150 - 300 (Tertakluk kepada penempatan)

38 Kekosongan di seluruh negara.

  1. Warganegara Malaysia;

  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

  3. Kelayakan akademik:

    1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

    2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

    3. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00) ; atau

    4. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95) ; dan

    5. Lulus dengan kepujian bagi Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

     

    Keutamaan kepada calon yang berwibawa dan berpengalaman dalam bidang pertanian.

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengumpulan maklumat, pengauditan, khidmat nasihat kepada pelanggan berkaitan dengan Pelaksanaan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online sahaja.

ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil sehingga dihubungi oleh pihak sekretariat.

iii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

iv) Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Disember 2018 Jam 5.30 Petang

v) Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila emailkan kepada onlinejob@mpob.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.