Kelayakan

  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00); atau

     

  2. Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00); atau

     

  3. Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00); atau

     

  4. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia jurusan Sains dan Teknikal .
    (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00)
    (selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016)

     

  5. Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,774.37); atau

     

  6. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,849.57); atau

     

  7. Diploma Sains Veterinar/Haiwan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,924.77)